Rosmah Mansur Dimalukan Di Laman Web Antarabangsa , 9gag : Simpan RM 3620 Sehari Untuk Beli CIncin??
Rosmah Mansor kena lagi. Selepas isu beli cincin 24juta dengan alasan duit disimpan sejak kecil, kini Rosmah dimalukan pula di 9gag dengan tajuk Spent US203150 Public Fund On A Handbag, Clain To Save Money Since. Rosmah ni nampaknya dah menjadi liabiliti terbesar Najib menjelang PRU13 mengalahkan Anwar Ibrahim. Di akhir entry ni aku ada siapkan calculation berapa yang Tok Mah perlu menabung sehari untuk capai impian membeli kedua dua cincin dan beg tangan . So baca sampai habis .
Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau.
Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife".
"Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan.
Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun."
(Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old).
Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 162 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini.
Sehingga kini sudah 234 komen dan 480 telah kongsikannya. Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran, Singapura.
Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya 'this fat lady'.
Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia.
"$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP.
Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa.
**Rosmah rosmah. Bila lah kau nak berubah ye? Alasan tak masuk akal langsung. ok jom kita kira sama sama.
dulu US24 juta dan sekarang US$203,150.
campur dua2 = US 24,203,150 . Convert kepada RM lebih kurang cincai2 Rm3 la katakan, = RM72690450
Umur Rosmah sekarang 60. Dah tua bangka dah. kita kira 55 sebab dia cakap dia start menabung dari umur 5tahun kan?
RM72690450 bahagi 55 = RM1321644.55 untuk setahun
bahagi lagi dengan 365 = RM 3620.94 sehari .(GILAAAA)
So untuk mencapai impian memiliki sebentuk cincin dan sebuah beg tangan, secara logiknya, Rosmah perlu menabung sebanyak RM 3620.94 sehari. Adakah anda rasa ini logik? Ok memang kira kira aku ni tak logik kan? Mungkin bila dah meningkat dewasa dia boleh simpan sehari RM10,000 kan? itu yang sampai 24Juta dalam masa 55tahun tu. Kejap, kerja dia apa ek sampai boleh simpan banyak macam tu? Dulu dia Business Manager je dekat Island and Peninsular. Lepas kahwin terus jadi surirumah full time. So mana dapat duit banyak tu Tok Mah weii??
nah sekian itu artikel postingan tentang Rosmah Mansur Dimalukan Di Laman Web Antarabangsa , 9gag : Simpan RM 3620 Sehari Untuk Beli CIncin?? semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^