WAJIB BACA! Ulasan Ustaz Azhar Idrus–Orang Bukan Islam Boleh Baca Al-Quran
Walaupun mungkin isu ini dah lama berlalu, tapi aku tetap nak berkongsi jugak sesuatu yang menarik untuk panduan dan pengajaran agar kita pada masa depan tak melakukan sesuatu yang kita sendiri tak tahu ianya betul atau tidak. Isu berkaitan YB Nga Kor Ming membaca sebaris ayat al – Quran dalam sebuah ucapan beliau pernah menjadi satu isu yang diperdebatkan dan diperbesarkan oleh puak pro UMNO satu ketika dulu dengan mereka pula berlagak menjadi “ULAMA BESAR” dan menjatuhkan hukuman dan mengeluarkan fatwa sendiri menghukum isu tersebut sebagai TIDAK BOLEH walhal tiada hukum dalam Islam melarang perkara tersebut.
Kita dengar apa penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu ini. Semuanya dijelaskan dengan terang dan mendalam supaya kita boleh memahami berdasarkan kepada ilmu, bukan main hentam dengan pemikiran tak berilmu. Jangan asyik nak mengeluarkan hukum sendiri dan menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri itu sebenarnya buta . Ianya umpama orang buta yang membantu orang buta melintas jalan.
Masalahnya yang diperdebatkan , orang yang membaca al-Quran dikritik, diri sendiri pulak tak mahu mendalami al Quran. Rasa susah bila orang lain baca . Tak ke sesuatu yang bodoh?
Bukan nak bersikap terlalu politik dan memihak kepada pembangkang, tapi kalau perkara perkara yang berkaitan dengan pegangan agama, mengapa pulak kita nak manipulasikan pulak untuk kepentingan sendiri kan? Biarlah kita berilmu kalau kita bercakap kerana bila bercakap tanpa ilmu, kebodohan diri akan lebih terserlah. Dan kalau tak kena pada caranya , boleh rosak akidah mereka. Fikir fikirkan.
nah sekian itu artikel postingan tentang WAJIB BACA! Ulasan Ustaz Azhar Idrus–Orang Bukan Islam Boleh Baca Al-Quran semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^